Friday, 9 September 2011

Farid Kamil bertunang dengan diana danielle.. Belum Lagi!!!


KUALA LUMPUR, 5 SEPT 2011: Kejayaan filem Kongsi bukan saja dirasai oleh pelakon utamanya Shaheizy Sam, malah pengarah filem ini iaitu Farid Kamil turut merasai impaknya apabila dikurniakan bonus dari MIG sehingga mencecah RM100,000.
Namun, tiada siapa tahu apa perancangan Farid pada masa akan datang dan tidakkah dia merasa tertekan apabila sering saja dibandingkan kejayaan filemnya dengan pengarah yang digelar pengarah jutawan tahun ini iaitu Syamsul Yusof?

Menjawab segala persoalan itu, Farid Kamil secara terang-terangan mengakui, dia sedikit pun tidak merasa tertekan dan menganggap perbandingan tersebut hanyalah sebagai satu persaingan yang sihat.
"Insya-Allah, saya akan sambung belajar mengikut kontrak bonus yang telah diberikan. Saya akan sambung belajar pada bila- bila masa dari sekarang. Namun, saya diberitahu jika mengikut jadual yang telah ditetapkan, berkemungkinan besar saya akan sambung belajar pada pertengahan tahun depan.
"Sejujurnya, saya tidak menghadapi apa-apa tekanan dari segi apa yang saya perolehi setakat ini. Namun, apa yang boleh saya buat adalah memperbaiki kualiti dan mengatasi kelemahan yang ada dalam filem saya terdahulu untuk filem akan datang.
"Dibandingkan dengan Syamsul, saya tak tertekan dan ia adalah satu persaingan yang cukup sihat. Bagi saya, kami berdua sudah mencapai kehendak Finas yang menyasarkan kutipan penonton mencecah RM1 juta bagi sebuah filem," katanya.
Bercerita tentang sambutan Aidilfitri pula, Farid Kamil mengatakan bahawa dia telah pun mengadakan rumah terbuka istimewa pada raya ketiga nanti.
"Syukur, Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan ini, saya berpeluang mengadakan open house pada raya yang ketiga. Ia juga bersempena dengan doa kesyukuran. Saya juga akan menjemput Diana Danielle dan kenalan yang lain untuk turut hadir.
"Lagi pun, ini bukan saja open house tetapi kenduri doa selamat. Tentang hubungan saya dengan Diana pula, sama seperti dulu iaitu saya masih rapat dengan dia dan hubungan kami sudah sampai ke tahap yang istimewa. Sungguhpun hubungan istimewa, saya tidak pula merancang untuk mempunyai baju raya sedondon kerana menganggap ia satu perkara yang sangat tipikal.
"Syukur, hubungan kami dah diketahui keluarga dan kami pun dah berjumpa keluarga masing-masing. Setakat ini, saya tiada perancangan lagi untuk bertunang dengan dia. Majlis open house pada raya ketiga juga bukanlah majlis pertunangan kami.
"Apa yang pasti, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kebahagian kami. Saya juga nak sampaikan salam lebaran buat semua peminat dan penyokong saya. Saya berharap anda semua beraya dengan penuh keimanan dan berayalah bersama keluarga tersayang jelas Farid.

No comments:

Post a Comment