Semua gara-gara lagu remix Malaysian Boy yang dikepalai oleh Altimet dikatakan karya ciplak bulat-bulat daripada lagu popular Kanye West bersama Estelle, American Boy.
Dalam hati Divalah, kalau betul Kanye nak saman Altimet, biarlah dia saman, maknanya, kerja artis tempatan ada impak ke atas muzik antarabangsa. Hebat maknanya Altimet kita.
Tapi, daripada pemerhatian Diva, Altimet ada tulis dalam Twitter bahawa dia langsung tak ada terima apa-apa 'surat cinta' daripada peguam Kanye. Dia cuma ikut dan nyanyi melodi lagu berkenaan yang diberikan oleh pihak Astro, jadi kalau Kanye nak saman, Astro yang patut kena saman bukan Altimet.
No comments:
Post a Comment