GAMBAR yang disiarkan stesen ABC pada Khamis lalu menunjukkan Rachel Taylor (kiri), Minka Kelly (tengah) dan Annie Llonzeh.
MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Miami kini menjadi bandar raya baharu untuk siri televisyen yang mengisahkan tentang trio penyiasat jelita, Charlie's Angels bagi menggantikan kota metropolitan Los Angeles.
Stesen televisyen ABC dilihat bakal menyiarkan versi terbaharu siri televisyen klasik itu dalam tayangan waktu perdananya.
Siri baharu itu cuba lari daripada versi tahun 1970-an
Episod pertamanya bermula dengan dua orang anggota penyiasat iaitu seorang bekas pencuri yang dilakonkan oleh Rachael Taylor dan pegawai polis, Annie Ilonzeh manakala seorang lagi anggota terbunuh dalam satu misi.
Justeru, ketua mereka, Charlie Townsend dan pembantunya Bosley memujuk Taylor dan Ilonzeh untuk merekrut seorang anggota baharu yang merupakan seorang pelumba jalanan, Minka Kelly.
Dalam siri itu, Taylor memegang watak sebagai Abby Sampson, Kelly sebagai Eve dan Ilonzeh sebagai Prince.
Aktres Drew Barrymore yang turut berlakon dalam filem Charlie's Angels pada tahun 2000 dan 2003 bertindak selaku penerbit eksekutif.
Charlie's Angels yang asal dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Farrah Fawcett, Kate Jackson dan Jacklyn Smith.
Ia menjadi antara siri televisyen paling berjaya di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1970-an.

No comments:
Post a Comment